4 Sept – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya menyertai China-ASEAN Education and Cooperation Week (CAECW) and the “Belt & Road Nations” Presidents Forum and Education Exhibition yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 30 Ogos 2023 bertempat di Guiyang, China yang diwakili oleh Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

 

Program yang bertemakan Pembangunan Pendidikan Integratif dan Inovatif itu mengumpulkan ramai para pemimpin Universiti di seluruh dunia seperti Malaysia, Filipina, Thailand, Brunei, Australia, Singapore dan ramai lagi.

 

Menurut Prof Dr Mohd Radhi, penyertaan kali ini memberi peluang kepada USIM untuk meneroka peluang kerjasama terutama dengan Universiti dan sekolah di China menerusi pengambilan pelajar antarabangsa, kerjasama dan kolaborasi dalam aspek pendidikan, penyelidikan, program pertukaran pelajar dan sebagainya.

 

Selain itu juga, program berskala besar ini turut memberi peluang kepada Universiti yang menyertai untuk membuka reruai pendidikan dengan memberi maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan di Universiti masing-masing. Lebih daripada 14 buah sekolah dan Universiti yang telah dijemput untuk menyertai forum dan pameran pendidikan ini.

 

“Dengan menyertai program sebegini juga ianya memberi peluang untuk USIM mempelajari bagaimana untuk meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan di USIM sekaligus meletakkan USIM sebagai Universiti rujukan di peringkat global pada 2025 nanti,” katanya lagi.

 

Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN, dianjurkan oleh Kementerian Luar Negeri Hal Ehwal, Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China dan Rakyat Kerajaan Wilayah Guizhou, telah menjadi platform penting bagi kerjasama pendidikan China-ASEAN  dan pertukaran budaya. CAECW 2023 komited untuk mempromosikan pertukaran dan kerjasama antarabangsa antara China dan negara-negara lain bagi merealisasikan kempen “Going-out and Bringing-in” pendidikan di China, membangunkan pengantarabangsaan universiti dan memupuk bakat antarabangsa untuk pembangunan ekonomi dan sosial negara dan serantau.