14 September – USIM ‘Alamiyyah telah menerima lawatan dari Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung delegasi yang diketuai oleh Prof. Dr. Ruslan Abdul Ghofur sebagai Direktor Pascasarjana Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung dan dihadiri oleh 42 orang delegasi yang terdiri dari para pensyarah serta pelajar Program sarjana dan PhD.
Ini merupakan kunjungan kedua UIN Lampung ke USIM bagi membincangkan kerjasama di antara USIM dan UIN Lampung. Dalam perbincangan tersebut juga, banyak isu yang menjadi agenda utama seperti perbincangan untuk menandatangani MoU bagi mengaktifkan lagi aktiviti di antara USIM dan UIN Lampung.
Selain itu, UIN Lampung juga amat berminat untuk melantik penyelia dan pemeriksa luar bagi pelajar siswazah mereka dalam usaha untuk mendapatkan input dan perkongsian ilmu dalam usaha untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih baik dan berkualiti. Pertemuan itu juga turut membincangkan mengenai program CSR, Summer Camp dan juga ruang untuk menerbitkan jurnal bersama penerbitan jurnal USIM terutama jurnal yang sudah berindeks Scopus di USIM.
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara USIM dan juga Universitas di Indonesia dalam bidang pengembangan ilmu dan kepakaran demi pembangunan ummah.