i-GSN

 

Islamic Global School Network (i-GSN), established since 2014 is an international school network based in Islamic education who had contact with the USIM either through visitation by USIM administrative staff, lecturers and students or visitation by the particular school to USIM campus.

The main purpose is to maintain the current relationship by spreading current leaflets, brochures and magazines related to the current development of academic, research and student activities in USIM to the i-GSN network.

The i-GSN network also as a platform for USIM for internationalization program which will enhance cooperation in terms of promotion and international student intakes into USIM.

Schools and colleges in this network, offer secondary education at GCE 'O' Level of GCE 'A' Level or equivalent which are recoqnised by Malaysian Qualifications Agency (MQA). Thus, their students may apply entry at USIM either at Tamhidi, first degree, master or Phd. For undergraduate programmes, the students must have an Arabic courses taken at school.

Until now, more than 54 schools from 8 different countries show their interest to get the updates from us.

 Click here to access our directory  

One of the signature program under I-GSN is the i-GSN Jamboree. So far, two i-GSN Jamboree were successfully conducted, one in 2015 and one in the first quater of 2016. Konsep i-GSN Jamboree ini ialah memberi pendedahan secara holistik mencangkupi pelbagai aspek iaitu akademik, kepimpinan, sahsiah dan rohani, sukan serta budaya.

Tambahan, melalui program ini, matlamat program USIM Internationalization at Home (I@H) juga boleh dicapai melalui keterlibatan pelajar USIM dalam menyertai program pengantarabangsaan yang diadakan di dalam kampus. Program i-GSN Jamboree akan membuka pelbagai peluang interaksi budaya, kepelbagaian bahasa, persefahaman latar belakang yang berbeza dan semangat ukhuwah di kalangan pelajar tempatan, pelajar antarabangsa serta pelajar USIM. Selain itu, program ini akan memberi impak dalam pemantapan soft skills pelajar  melalui interaksi secara langsung di dalam semua aktiviti yang dirancang.

 Selain memfokuskan kepada aspek integrasi budaya, meraikan kepelbagaian budaya serta adat dan bahasa, program ini akan memberi peluang secara langsung kepada universiti tempatan untuk berkongsi bidang bitara masing – masing iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). UKM dipilih atas dasar ianya  sebuah universiti penyelidikan (RU) dengan aspirasi nasional dan akan  membolehkan pelajar–pelajar ini melihat kemampuan sesebuah universiti tempatan mencapai satu tahap yang membanggakan melalui penyelidikan – penyelidikan yang dihasilkan di persada antarabangsa. Manakala UIAM  yang juga merupakan sebuah universiti komprehensif tetapi mempunyai kekuatan dalam pembudayaan ilmu dengan aspirasi antarabangsa.  Secara tidak langsung, pelajar – pelajar ini akan melihat sendiri pencapaian universiti – universiti tempatan dan membuka peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian peringkat tinggi di Malaysia amnya.

 Secara keseluruhan, program ini diharapkan akan memberi pelbagai manfaat kepada pelajar, universiti dan juga negara melalui objektif berikut:

 a)            Pelajar

  • memberi peluang kepada pelajar – pelajar ini untuk merasai pengalaman kehidupan kampus secara ‘hands – on’ melalui kehadiran ke dalam sesi perkuliahan, tutorial  mahupun makmal;
  • memberi pendedahan kepada pelajar mengenai program –program pengajian yang ditawarkan untuk mereka mula mencongak haluan pendidikan tinggi mereka;
  • memberi pendedahan kepada pelajar mengenai integrasi budaya, bahasa dan kehidupan kampus sama ada dari pelajar tempatan mahupun antarabangsa;
  • mendapatkan maklumat secara tepat dan terperinci mengenai semua program yang ditawarkan dan juga kemudahan kampus yang disediakan oleh universiti.

b)            Universiti

  • membangkitkan kesedaran di kalangan warga kampus mengenai program pengantarabangsaan di universiti;
  • memberi peluang kepada universiti yang terlibat untuk memberikan taklimat dengan lebih terperinci mengenai program – program yang ditawarkan serta kemudahan kampus kepada calon pelajar yang berpotensi dari kelompok tempatan mahupun antarabangsa;
  • memberi peluang kepada para pelajar universiti yang terlibat sebagai fasilitator atau buddy untuk lebih memahami aspek integrasi budaya;
  • mendapatkan pool calon pelajar yang terbaik dari dalam dan luar negara;
  • menjadi pilihan utama pelajar apabila mereka memilih tempat untuk pengajian tinggi.

 c)            Negara

  • menjadi destinasi pilihan kepada pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian tinggi;
  • mengangkat hasrat Malaysia untuk menjadi hub pengajian tinggi di peringkat antarabangsa;
  • meraikan kepelbagaian budaya dan bahasa serta kesederhanaan masyarakat Malaysia yang dipaparkan kepada pelajar antarabangsa.

 Outcome program I-GSN Jamboree adalah seperti berikut:

  • kekuatan universiti – universiti tempatan sama ada melalui penyelidikan mahupun komprehensif dapat dipersembahkan dan dijiwai oleh pelajar – pelajar antarabangsa;
  •  permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Malaysia akan meningkat dengan penglibatan pelajar – pelajar antarabangsa di dalam program ini;
  • peningkatan international awareness di kalangan pelajar tempatan dan juga warga kampus sejajar dengan objektif I@H USIM;
  •  memberi pendedahan kepada masyarakat antarabangsa melalui hebahan media mengenai program ini.